Your tagboard codes here.
cause cold
nostalgia
chills me to the bones
|
tag please
|
Qisya Elaira says hi
hai my name is qisya elaira
turn to 21
an accounting student
i love to write a random things..so,if you guys feel annoyed..please,don't read it ok
|
Link Link Link |
|
Ahad, 15 September 2013 @ 10:19 PTG
Terima Kasih
Perkenalan kita tidak dijangka.
seolah-olah kita ditakdirkan untuk bertemu
aku tidak jangka bahawa suatu hari kamu menjadi seseorang yang amat penting
dalam hidupku
daripada titik perkenalan itu
aku mula menyukaimu
sejak pertemuan itu aku mula memikirkanmu
tidak aku mengerti apakah perasaan ini
secara perlahan-lahan ia hadir
membuatku tidak terdaya untuk melawannya
setiap detik,hari berganti hari perasaan itu tidak pudar
aku keliru..adakah ini perasaan sebenar yang dipanggil cinta?
bila dikenang kembali pelbagai dugaan yang aku tempuhi
aku cuba sedaya upaya untuk melupakanmu
namun semakin aku cuba,semakin kuat perasaan itu hadir
walaupun hatiku perit,sakit,pedih namun
jauh di sudut sanubari ini aku sentiasa mengharapkanmu
aku sering berkata pada diriku"bertahanlah wahai hati,jangan berputus asa"
dan dirimu sentiasa memberi harapan kepadaku
itu membuatkan aku tidak berganjak untuk terus melupakan
aku melihat dirimu yang lemah,hatimu begitu rapuh ketika itu
aku tidak sampai hati untuk terus melihatmu lemah tidak berdaya
hati kecilku berasa pedih,sedih bila mengetahui kamu terus mengingati insan yang
dulu pernah bertakhta dihatimu
itu membuatkan aku berasa kerdil di pandanganmu
namun,aku tidak berhenti memohon kepadaNya agar diberikan kamu kekuatan untuk
terus berjuang meneruskan kehidupan,agar kamu tidak bersedih lagi,
agar pintu hatimu terbuka untuk menerima sesiapapun andai kamu bukan untuk diriku
"Ya Allah,andai dia jodohku maka kau dekat-dekatkanlah kepadaku..namun jika ia disebaliknya
maka kau jauh-jauhkanlah daripadaku.."
setelah lama aku menanti dirimu..alhamdulillah
permintaanku diperkenankan olehNYA
dirimu semakin pulih daripada segala keperitan yang kamu alami
kamu sudah semakin tabah
dan paling tidakku sangka
tanggal 8/8/2013 adalah tarikh yang tidak akan ku lupa
kamu melamar untuk menjadikan diriku sebahagian daripadamu
"haha..ira nak kahwin dengan zik tak?"
aku terkesima,waktu seakan berhenti berdetik seketika
dengan lafaz bismillah..aku menjawab"insyaaallah,ye.. :)"
dulu aku keseorangan dan kini hatiku milikmu
akhirnya kesabaranku dibalas jua
penantianku tidak sia-sia
kamu sentiasa membuatkan hari-hariku kini bertambah ceria
kamu sentiasa membuat diriku berasa terharu
menangis dalam kegembiraan
janjiku kepadamu walaupun bagaimanapun
aku akan sentiasa berada di sisimu
tidak kira suka duka,senang susah,sihat sakit
terima kasih kerana menerimaku sebagai sebahagian daripada dirimu
terima kasih kerana menyayangiku
terima kasih kerana ada untukku
terima kasih kerana melayan kerenahku
terima kasih untuk segala-galanya
terima kasih
khas untuk insan yang bertakhta dihatiku
Ahmad Zikri Bin Zainal ^_^ love you b!
0 Comment(s) back to top? |