Dashboard | +Follow
cause cold
nostalgia
chills me to the bones
tag please or die
Your tagboard codes here.
Qisya Elaira says hi

hai my name is qisya elaira turn to 21 an accounting student i love to write a random things..so,if you guys feel annoyed..please,don't read it ok

welcome to my humble blog!

Link Link Link
Selasa, 24 September 2013 @ 4:54 PTG
zahirnya kehidupanku
susahkan bila kita sentiasa nak jaga hati orang
sedangkan hati kita sendiri tak terjaga
bagi aku
"biarlah hati kita yang sakit
jangan orang yg sakit hati dengan kita"
susah kalau orang sakit hati dengan kita
macam2 boleh berlaku
seakan dendam itu sudah sebati dalam diri

aku selalu runsing
walhal bukan masalah aku pun
tapi aku terasa bebannya
kalau boleh biar aku yang rasa
jangan orang tu yang berasa bebannya

aku selalu rasa aku ada pikul satu tanggungjawab
mungkin daripada kecil aku sudah terbiasa
malah ibubapa aku pun memang mengajar aku
untuk belajar memikul tanggungjawab itu
sebab itu aku seboleh-bolehnya tak mahu menyusahkan orang
aku lebih suka memendam apa yang aku rasa
aku tidak tahu mahu mulakan daripada mana kalau orang disekelilingku bertanya
aku bukanlah seperti apa yang dijangka
gelak ketawa itu hanya satu helah untuk menutup segala kesedihanku
hidupku ibarat seperti diluah mati emak,ditelan mati bapa
aku pasrah sahaja apa yang akan berlaku selepas ini

0 Comment(s) back to top?
Isnin, 23 September 2013 @ 10:34 PTG
kerenahku..
i really like when you treat me like i'm the special one
(but..ofcourse i'm your special one..LOL)
iyee..saya tau kadang2 saya nie agak degil sikit!bukan sikit
banyak..kadang2 saya nie pun boleh tahan ego juga..
tapi saya buat itu semua sebab saya nak tengok
sejauh mana awak sayang saya
tapi awak sabar layan kerenah kebudak-budakan saya nie
saya perasan kadang2 awak nak lepaskan kemarahan awak
tapi mesti awak tak sampai hati an..hehe
awak buat saya terharu sangat2
hope awak tak jemulah layan kerenah saya nie.. ^_^



0 Comment(s) back to top?
Ahad, 15 September 2013 @ 10:19 PTG
Terima Kasih
Perkenalan kita tidak dijangka.
seolah-olah kita ditakdirkan untuk bertemu
aku tidak jangka bahawa suatu hari kamu menjadi seseorang yang amat penting
dalam hidupku
daripada titik perkenalan itu
aku mula menyukaimu
sejak pertemuan itu aku mula memikirkanmu
tidak aku mengerti apakah perasaan ini
secara perlahan-lahan ia hadir
membuatku tidak terdaya untuk melawannya
setiap detik,hari berganti hari perasaan itu tidak pudar
aku keliru..adakah ini perasaan sebenar yang dipanggil cinta?

bila dikenang kembali pelbagai dugaan yang aku tempuhi
aku cuba sedaya upaya untuk melupakanmu
namun semakin aku cuba,semakin kuat perasaan itu hadir
walaupun hatiku perit,sakit,pedih namun
jauh di sudut sanubari ini aku sentiasa mengharapkanmu
aku sering berkata pada diriku"bertahanlah wahai hati,jangan berputus asa"
dan dirimu sentiasa memberi harapan kepadaku 
itu membuatkan aku tidak berganjak untuk terus melupakan

aku melihat dirimu yang lemah,hatimu begitu rapuh ketika itu
aku tidak sampai hati untuk terus melihatmu lemah tidak berdaya
hati kecilku berasa pedih,sedih bila mengetahui kamu terus mengingati insan yang 
dulu pernah bertakhta dihatimu
itu membuatkan aku berasa kerdil di pandanganmu
namun,aku tidak berhenti memohon kepadaNya agar diberikan kamu kekuatan untuk
terus berjuang meneruskan kehidupan,agar kamu tidak bersedih lagi,
agar pintu hatimu terbuka untuk menerima sesiapapun andai kamu bukan untuk diriku
"Ya Allah,andai dia jodohku maka kau dekat-dekatkanlah kepadaku..namun jika ia disebaliknya
maka kau jauh-jauhkanlah daripadaku.."

setelah lama aku menanti dirimu..alhamdulillah
permintaanku diperkenankan olehNYA
dirimu semakin pulih daripada segala keperitan yang kamu alami
kamu sudah semakin tabah
dan paling tidakku sangka
tanggal 8/8/2013 adalah tarikh yang tidak akan ku lupa
kamu melamar untuk menjadikan diriku sebahagian daripadamu
"haha..ira nak kahwin dengan zik tak?"
aku terkesima,waktu seakan berhenti berdetik seketika
dengan lafaz bismillah..aku menjawab"insyaaallah,ye.. :)"

dulu aku keseorangan dan kini hatiku milikmu
akhirnya kesabaranku dibalas jua
penantianku tidak sia-sia
kamu sentiasa membuatkan hari-hariku kini bertambah ceria
kamu sentiasa membuat diriku berasa terharu
menangis dalam kegembiraan
janjiku kepadamu walaupun bagaimanapun
aku akan sentiasa berada di sisimu
tidak kira suka duka,senang susah,sihat sakit
terima kasih kerana menerimaku sebagai sebahagian daripada dirimu
terima kasih kerana menyayangiku
terima kasih kerana ada untukku
terima kasih kerana melayan kerenahku
terima kasih untuk segala-galanya
terima kasih 

khas untuk insan yang bertakhta dihatiku
Ahmad Zikri Bin Zainal ^_^ love you b!



0 Comment(s) back to top?
monthly archive

Januari 2012 Mei 2012 Februari 2013 Jun 2013 September 2013 Oktober 2013 April 2014 Mei 2014 Jun 2014 Disember 2014 April 2015
recent entries

Apa sebenarnya girls mahukan/harapkan pada si dia?... seni tie dye and something cool about it me vs friend third person #FACTSABOUTME cinta itu kadangkala seperti sebuah permainanibara... untold story behind a girl's favourite song up to date=update moments zahirnya kehidupanku
LAYOUT BANNER COLORS MINIICONS