Dashboard | +Follow
cause cold
nostalgia
chills me to the bones
tag please or die
Your tagboard codes here.
Qisya Elaira says hi

hai my name is qisya elaira turn to 21 an accounting student i love to write a random things..so,if you guys feel annoyed..please,don't read it ok

welcome to my humble blog!

Link Link Link
Selasa, 26 Februari 2013 @ 10:39 PTG
story-i love you my boy (bab 5)
setiap kali qaisara dalam perjalanan pulang ke rumahnya,qaisara akan melalui sebuah tempat dimana terdapat sebuah padang yang luas dan mempunyai sebuah tasik dimana di atasnya terdapat sebuah jambatan.di situlah qaisara akan mengimbau kembali kenangan-kenangan indah bersama si dia yang pernah bertakhta di hatinya dahulu.di situ jualah qaisara akan meluahkan segala kesedihannya yang telah sekian lama dipendam tanpa orang lain mengetahuinya.tanpa dia sedari,ada seseorang yang hanya mampu memerhatikannya daripada jauh.dia seperti dapat merasai keperitan hati qaisara.lalu,dia berpaling pergi tidak sanggup untuk melihatnya lagi.
keesokkan harinya,qaisara dikejutkan dengan secebis nota bersama-sama sekotak hadiah yang didalamnya terdapat seekor patung beruang kecil berwarna putih salju berada di atas mejanya.qaisara membaca nota tersebut
"kegembiraan adalah hak untuk semua orang.anda berhak untuk mengecapi kegembiraan itu.bangkitlah daripada mimpi dan have fun!semoga dengan hadiah itu akan menjadi peneman suka dan duka awak..sincerely:cappicino"
qaisara menjadi tertanya-tanya"cappicino?siapa cappicino ni??kenapa dia letak nama cappicino?tak ada nama lain ke?mocha ke?hot chocolate ke??tapi yang aku musykil..macam mana dia tahu aku sedih?ish,meremang pula aku dibuatnya..macam psiko je budak ni.."ketika qaisara sedang leka memikirkan 'peminat misteri'nya itu,qaisara tidak menyedari kehadiran Aisyah."oit,mengelamun aje kerja makcik seorang ni..""oii..makcik kerja terjatuh..."secara spontan qaisara melatah dengan hebatnya.ini membuatkkan aisyah ketawa terbahak-bahak.kalau boleh seperti ingin berguling-guling di atas lantai.qaisara yang berasa malu terus menampar bahu rakannya itu.aisyah menjerit kesakitan."aisyah!terkejut aku tahu tak..fuh semangat!hah,kan dah dapat hadiah kasih sayang daripada aku..sakit tak?nak rasa lagi??"kata lina."dah tu..aku panggil kau tak dengar sampai perit tekak aku tahu tak..kau tu,yelinga tu letak dekat mana??tertinggal dekat rumah ke sampai aku panggil tak menyahut??"tanya aisyah.qaisara hanya tersengih2 seperti kerang busuk."amboi,mana kau dapat 'teddy bear'ni?bukan calang-calang'teddy bear'ni..mahal tahu tak..siap terselit kad lagi..hmm..cappicino..macam pernah dengar je tapi dimana ye.."kata-kata aisyah membuatkan qaisara begitu teruja ingin mengetahuinya."kau kenal dia?""aku rasa dia.."belum sempat aisyah menghabiskan kata-katanya,cikgu yang mengajar seterusnya pun masuk ke kelas.
seperti kebiasaanya,qaisara akan singgah ke 'port'nya itu tetapi kali ini bukan untuk mengimbau kenangan-kenangan dulu seperti selalu,qaisara masih memikirkan tentang hadiah 'misteri'itu.sedang dia begitu leka memikirkan 'misteri'itu,seorang lelaki duduk di sebelahnya."apa yang awak menungkan tu?"sapa lelaki tersebut.hampir saja aisara terjelupuk jatuh mendengar suara itu."haikal,kau buat apa di sini??!!macam mana kk..kau..tt..tahu..aa..aku.."kata qaisara tergagap-gagap akibat terkejut dengan kehadiran haikal.haikal hanya mampu tersenyum."saya saja jalan-jalan di sini..mencari ilham..masa saya lalu di sini,saya ternampak awak khusyuk sangat dengan kotak itu,boleh saya lihat??""hah?!tak bo..."belum sempat qaisara menghabiskan kata-katanya,kotak itu sudah pun berada di tangan haikal."wah..'teddy bear'..hmm..siapalah yang baik hati bagi dekat awak..bertuah awak dapat peminat yang pemurah ni.."kata haikal sambil tersenyum manis.tiba-tiba wajah qaisara berona merah.dia terus menarik kotak itu daripada haikal."none of your business.."kata qaisara sanbil menjelir lidah ke kael.kael ketawa apabila melihat kerenah qaisara yang seperti kebudak-budakan itu.qaisara seakan-akan terkesima apabila melihat haikal ketawa namun cepat-cepat dia mencubit pipinya itu."kau cari ilham?untuk apa?"tanya qaisara.."saya suka melukis..saya akan mencari suatu tempat dimana disitu ada pemandangan yang bagi saya indah dan sesuai untuk saya melukis..melukis adalah sesuatu yang boleh membuatkan saya gembira.."qaisara terkesima dengan kata-kata haikal.."awak kena cari sesuatu yang boleh mebuatkan awak gembira qaisara.barulah hidup kita rasa tenang.."kata haikal sebelum dia bangun dan berlalu pergi.qaisara terdiam tak terkata..


0 Comment(s) back to top?
monthly archive

Januari 2012 Mei 2012 Februari 2013 Jun 2013 September 2013 Oktober 2013 April 2014 Mei 2014 Jun 2014 Disember 2014 April 2015
recent entries

story-i love u my boy(bab 4) story-i love you my boy!(bab 3) story-i love you my boy!(bab 2) story-i love you my boy!(bab 1)
LAYOUT BANNER COLORS MINIICONS